Ahmad Ammar Ahmad Azam

Saturday, November 23, 2013
Daku Amat Menyintai Mu

SEORANG anak muda yang baru berusia 20 tahun bernama Ahmad Ammar bin Ahmad Azam (1993-2013) telah menjadi topik perkongsian yang cukup hangat di alam maya selepas kes Villa Nabila baru-baru ini. Di laman sosial seperti Blog, Facebook, You Tube dan sebagainya, kisah hidup dan video tentang Ahmad Ammar banyak sekali menjadi perkongsian membuatkan ramai yang kagum kepada beliau dan dalam masa yang sama berasa sebak sehingga tanpa sedar mengalirkan air mata setelah membaca kisah atau menonton video perjalanan hidup pelajar Malaysia di salah sebuah universiti di Turki ini.

Ahmad Ammar - Syahid Yang Tertangguh

Sebenarnya, Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat kemalangan jalanraya dilanggar sebuah ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Ketika Allahyarham ingin melintasi sebatang jalan, kaki beliau telah tergelincir kerana jalan licin, terus dilanggar sebuah ambulan yang lalu terkena bahagian bahu beliau. Di Turki ambulan memang laju. Ibu bapa beliau tiba di airport pada esoknya dalam keadaan yang cukup tenang walaupun baru saja kehilangan seorang anak lelaki tunggal dalam keluarga. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau dan bagaikan orang yang sedang tidur. Klik di SINI untuk melihat gambarnya.

Allah Adalah Cinta Teragung - cinta hakiki!
Apabila Allah Menciptakan Wanita - penciptaan istimewa!

Setelah membaca tulisan Allahyarham, daku dapati anak muda berusia 20 tahun ini memang seorang yang berjiwa mulia dan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk agama. Jadi selayaknyalah beliau memperolehi kemuliaan di bumi asing dan akhir hayatnya di dalam Husnul Khatimah iaitu sebaik-baik pengakhiran hayat seseorang menuju ke alam baqa.

Berikut beberapa gambar Ahmad Ammar dan keluarga berserta artikel berkaitan yang dipetik dari beberapa sumber termasuklah dari laman Facebook Allahyarham di SINI :

Daku Amat Menyintai Mu
MURNI : catatan nota Ammar yang mengambarkan jiwanya yang murni

JENAZAH Ahmad Ammar, 20, dimuliakan di Turki kerana Allahyarham merupakan seorang pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam pengajian ilmu agama serta aktif dalam berdakwah. Selain itu, dalam usia semuda itu beliau telah menyertai banyak misi kemanusiaan di beberapa buah negara dan yang terakhir di Syria. Ketika berada di Syria, Ahmad Ammar Ahmad Azam pernah berhasrat untuk mati Syahid di sana.

Namun kematiannya telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t, akibat kemalangan jalanraya pada 2 November lalu menyebabkan Allahyarham digelar sebagai 'Syahid Yang Tertangguh' oleh rakan-rakannya. Gelaran yang diubah dari judul sebuah buku bertajuk 'Kemenangan Yang Tertangguh' karangan Hasbie Muda.

Daku Amat Menyintai Mu
BAHAGIA : Allahyarham datang dari keluarga yang penuh kasih sayang

Biodata Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Beliau merupakan anak keempat dari lima orang adik-beradik dan merupakan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau dinobat pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja (MTD) dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Sebab Ahmad Ammar Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang reletif masih muda, pemuda pendiam dan pemalu dengan wanita ini telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah. Beliau juga menjadi sukarelawan menyertai misi kemanusiaan seperti di Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria, malah pernah bermimpi jumpa bidadari semasa di sana.

Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada orang yang lebih dewasa. Beliau juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Daku Amat Menyintai Mu
DITANGISI : pemergian Ahmad Ammar ditangisi di bumi asing!

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan jasad sahabat nabi s.a.w yang terkenal, iaitu Abu Ayyub Al Ansari r.a serta para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Apa yang istimewanya, Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ahmad Ammar hingga Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Begitu ramainya orang yang hadir dari kalangan masyarakat setempat selain rakan-rakan satu universiti ketika Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan (Masjid Ayub Al Ansari) seterusnya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.


Berikut kata-kata (status) ibunya puan Nur Azlina yang menyentuh hati :

"Sejujurnya apabila anakanda Ahmad Ammar bertanya padaku : "Nanti habis belajar dah balik nanti Ammar nak jadi apa ya mak?", tiada jawapan khusus yg dpt ku berikan melainkan "Abah emak hantar Ammar ke Turki agar dpt berkhidmat untuk umat. Nak jadi apa balik nanti tu memang emak tak boleh nak jawab. Emak sendiri tak ada jawapannya. Yang penting sekarang ni adalah menggali sebanyak ilmu dan pengalaman yang mungkin - di universiti (sejarah uthmaniyyah dll), di madrasah Hayrat (kaji Risalah An-Nur, mahirkan tulisan jawi Uthmaniyyah, habiskan hafazan), mengembara, enjoy your ney, go swimming, etc etc...insyaAllah Allah akan aturkan segalanya untuk Ammar nanti..."

Di bawah ini pula kata-kata Ahmad Ammar yang dipetik dari status Facebooknya :

Daku Amat Menyintai Mu

"Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini, aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. ─░nnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini. Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!"

AL FATIHAH

****************
Dijemput : Follow my blog with Bloglovin

Penulis : Ayie Abas Lokasi : Malaysia

Entry Ahmad Ammar Ahmad Azam, disiar oleh Ayie Abas pada Saturday, November 23, 2013. Semoga entri ini dapat menambah wawasan bersama. Jika kengkawan ingin menyebarkan postingan dari Ayie Abas mohon dengan sangat untuk mencantumkan sumber. Terima Kasih. Kita Buddyz!

16 comments:

{ baby comel } at: November 23, 2013 at 10:01 AM said...

Ya Allah, tak terkata bila baca. Al fatihah utk arwah.

{ Azie Namico } at: November 23, 2013 at 10:02 AM said...

Salam ayie s:)
Al-fatihah utk arwah ammar , azie banyak membaca kisah nya di laman2 sosial dan fbnya sendiri....dan memang tidak dinafikan beliau amat dikagumi di sana.....subahanallah !! Kalau menghayati videonya memang terasa sebak... nak2 lagi msg2 beliau yg terakhir...Allahuakbar !! tak leh tahan.....:'(

{ Ayie Abas } at: November 23, 2013 at 2:54 PM said...

@baby comel

begitulah baby aima..apapun arwah kembali kpd Penciptanya dlm keadaan Husnul Khatimah...sebaik2 cara kembali...

{ Ayie Abas } at: November 23, 2013 at 2:58 PM said...

@Azie Namico

w'salam...azie s:)

al fatihah.

memang kisah arwah hot kat laman2 sosial..kat blog pun byk..

begitulah org yg baik kn..kat mana2 pun org syg...kembalinya ditangisi dan menjadi sumber tauladan kpd org lain.

{ Alin Marlini } at: November 23, 2013 at 9:03 PM said...

Sehingga ke hari ini saya mmg terkesan dgn cita2 besar ammar...smg jd pembakar semanagta buat anak muda yg lain

{ Alin Marlini } at: November 23, 2013 at 9:03 PM said...

Sehingga ke hari ini saya mmg terkesan dgn cita2 besar ammar...smg jd pembakar semanagta buat anak muda yg lain

{ Azim Aris } at: November 23, 2013 at 9:07 PM said...

salam takziah dari saya di tokyo, jepun...jom xchange list wif my blog :
Azim Aris

Tak Mungkin Benar

Muhasabah

follow ya :)

{ Puteri Kasih } at: November 23, 2013 at 9:31 PM said...

puteri banyak membaca tentang arwah dari perkongsian di fb

Takziah kepada keluarganya

{ Khir Khalid } at: November 23, 2013 at 9:43 PM said...

Sungguh besar kemuliaan yg Allah swt kurniakan kpd beliau.. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin..

{ aisya } at: November 23, 2013 at 11:33 PM said...

ramai jugak yg share.. beliau mmg seorang yg hebat.. huhu
al-fatihah..

{ Amanina Mads } at: November 24, 2013 at 12:20 AM said...

baru baca tentangnya di paper.. byk jasanya di negara org. rakyat malaysia pertama yg diberi perghormatan sebegitu. Al-fatihah buat ammar.

{ Wirda Amir } at: November 24, 2013 at 10:06 AM said...

Betapa namanya di angkat. . . Sejuk perut ibu yg mengandung. . .

Al Fatihah utk arwah. .

{ ika zulkefli } at: November 24, 2013 at 3:17 PM said...

subhanaallah, al-fatihah buat arwah..:)

{ BUNDA a.k.a KN } at: November 24, 2013 at 3:54 PM said...

Ya Allah tersentuh hati bila membacanya... Al Fatihah dan salam takziah untuk keluarga arwah...

{ Cik Yaya } at: November 25, 2013 at 5:04 PM said...

Al-Fatihah juga buat arwah..
smoga dtmpatkan bsama dgn para hamba-NYA yg soleh..amin

{ husna zahidi } at: November 26, 2013 at 12:03 PM said...

subhanallah..pasti keluarganya sangat merasakan kehilangan besar ni.. moga mereka tabah..

Post a Comment

 
DAKU . Powered by Blogger.

TOTAL PAGEVIEWS

LINK DAKU AMAT

 

© 2010 Daku Amat Menyintai Mu, Design by DzigNine
In collaboration with Breaking News, Trucks, SUV