SUAMIKU DAIE #4

Monday, January 28, 2013
Daku Amat Menyintai Mu

ERMMM, betul juga kata abang. Entahlah, Syadah pun tak tahulah bang. Syadah sendiri pun baru nak belajar mengenali dakwah tabligh ni.”
Hati Syadah sedikit memberontak bila mengetahui Azizi terlibat dalam usaha ini. Apa lagi rata-rata kawannya memandang negatif dengan usaha tabligh. Macam-macam dia dengar.

***************

SIRI KOLEKSI E-CERPEN | SUAMIKU DAIE

BLOG DAKU AMAT MEMPERSEMBAHKAN
E-CERPEN | SUAMIKU DAIE
Di Siarkan Oleh : Ayie

SUAMIKU DAIE

Dia harus kuat dan sabar. Dunia ini hanya pinjaman dan akhirat juga yang kekal abadi. Kalau di dunia ini ada pangkat, harta dan darjat tapi tidak mengamalkan agama dalam kehidupan, sudah tentu semuanya sia-sia belaka


Bab 4 ~ Menyambung Kerja Nabi

“Sebenarnya usaha dakwah ni kerja Nabi s.a.w."

"Syadah kan tahu macam mana Nabi s.a.w sanggup bersusah payah nak dakwahkan kalimah tauhid ni, kena ejek, kena baling batu sampai berdarah, kena lempar dengan najis, jumpa orang dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, pintu ke pintu, khemah ke khemah semata-mata nak ajak manusia kembali kepada Allah, supaya dapat hakikat Laa ilaha illallah, tidak menyembah makhluk tapi hanya menyembah Allah Subhanahu wa taala, tuhan Maha Esa."

***************

"Kita ni umat akhir zaman. Allah jadikan kita sebaik-baik umat,"

"kan dalam Al-Quran Allah ada kata,"


“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.” (Ali’Imran 3:110)



"Kerja dakwah adalah kerja Nabi s.a.w dan kerja ummatnya. Inilah yang membezakan ummat Nabi-Nabi terdahulu dengan ummat Nabi Muhammad s.a.w. Ummat Nabi terdahulu kerja dakwah hanya dilakukan oleh Nabi tersebut manakala ummatnya hanya sebagai Abid atau ahli ibadah. Manakala ummat Nabi Muhammad s.a.w selain beribadah mereka juga adalah DAIE iaitu penyeru yang mengajak manusia kepada Allah seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w."

"Nabi sudah tiada, sudah lama meninggalkan kita lebih 1400 tahun dulu tapi kerja nabi tetap masih ada tak pernah berhenti. Kerja Nabi mesti diteruskan sehinggalah dunia ini KIAMAT."


Tanpa usaha dakwah dijalankan manusia akan rosak,
manusia akan meninggalkan amalan agama sedikit demi sedikit, lama kelamaan manusia akan langsung tak mengenal Allah dan akhirnya akan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain kerana fitrah manusia memang perlukan tuhan untuk disembah.



"Manusia tetap perlu dibawa kepada kalimah tauhid Laa ilaha illallah hidup beriman tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun dan Muhammadur Rasulullah beriman kepada apa-apa yang telah disampaikan oleh Nabi s.a.w, barulah manusia itu diredhai dan dicintai Allah Subhanahu wa taala, seterusnya berjaya di dunia dan akhirat. Selamat dari azab Allah."

"Allah telah pikulkan tanggungjawab mengajak manusia kepada Allah ini ke atas bahu ummat Muhammad s.a.w pula. Para sahabat Nabi s.a.w amat faham akan tanggungjawab ini sebab itulah dari 124 ribu sahabat Nabi s.a.w yang berada di padang Arafah semasa peristiwa haji wida' hanya 10 ribu saja yang kubur-kubur mereka berada di Mekah dan Madinah. Manakala selebihnya yang lain mereka bertebaran ke serata alam dan mati di sana walaupun mereka tahu betapa mulia dan sucinya kedua-dua tempat itu."

"Asbab dari pengorbanan mereka itulah manusia di merata tempat di penjuru dunia ini dapat hidayah dan mengenal Allah sebagai tuhan yang selayaknya disembah. Termasuk la kita di Nusantara ini." Air mata mula bergenang di penjuru mata Azizi, sebak hati Syadah bila melihat suami yang dicintainya mula bercakap dengan nada terketar-ketar kerana terlalu terharu.

***************

"Usaha yang kita lakukan sekarang ni hanya dalam 10% sahaja berbanding usaha sahabat-sahabiyah dahulu, mereka sanggup korban diri, harta, anak isteri, semata-mata nak syahid di jalan Allah, semata-mata nak tengok kalimah Allah tertegak di atas muka bumi ini. Sebab tu mereka ni di dunia lagi Allah telah redha pada mereka dan menjanjikan syurga untuk mereka."

"Lagipun sayang, abang tinggal Syadah ni bukan kat padang pasir seperti Siti Hajar dan Ismail yang ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s."

"Mereka lagilah, kena tinggal tanpa sebarang asbab untuk mereka hidup, tiada makanan dan tempat tinggal, tiada jiran-jiran, tapi sebab redha dengan perintah Allah dan sebab dakwah, Nabi Ibrahim rela melakukannya."

"Syadah ni abang tinggal, duduk dalam rumah yang selesa, cukup peralatan rumah, keperluan dah abang sediakan, takkan macam tu pun tak sanggup lagi?"

"Habis, Syadah nak abang berkepit duduk bawah ketiak Syadah 24 jam, macam tu?”

Azizi sengaja mengenakan Syadah sambil mencubit hujung hidung isterinya yang mancung itu.

***************

“Bukanlah sampai macam tu abang. Cuma Syadah cemburu, orang lain bila suami balik kerja, ada kat rumah sampai malam, lepas tu boleh main dengan anak-anaknya, sembahyang pun kat rumah saja berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Ada masa bermesra dengan keluarga."

"Tapi abang, balik kerja rehat sebentar, lepas tu pukul enam lebih dah nak kena pergi ghastlah, mesyuaratlah, malam markaslah, kalau hari Isnin hingga Khamis memang tak merasa abang ada waktu petang, balik pun lewat malam.” Syadah menerangkan situasi yang sedang dilaluinya.

“Itulah namanya lima amal masjid. Masjid di zaman Nabi s.a.w dulu hidup dengan lima amal masjid inilah hingga berjaya membina generasi yang begitu kukuh peribadi dan rohani mereka."

"Yang kita kena keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan tu, untuk kita belajar buat kerja Nabi, untuk wujudkan suasana iman dan amal dalam berdakwah. Untuk menghidupkan 5 amal masjid ini di tempat-tempat yang kita dihantar mengikut takaza agama dan bila balik, medan perjuangan kita adalah untuk menghidupkan lima amal masjid ini di masjid tempat tinggal kita pula."

"Fikir harian atau mesyuarat harian, lepas tu khususi orang tertentu kena bagi masa dua jam setengah, lepas tu buat taklim di rumah dan masjid, kena ziarah kat kampung sendiri dan kampung jiran dan setiap bulan keluar 3 hari dengan membawa jemaah yang baru."

"Lima amal masjid ni merupakan amalan Masjid Nabawi, yang mana sahabat buat untuk dakwahkan Islam. Sebab tu sekarang ni, kita nak belajar bagi masa untuk agama, dunia dan akhirat kena seimbang."

"Dunia kan jambatan untuk akhirat? cuba kita tengok jambatan, mana ada orang bina rumah ke, istana ke kat atas jambatan. Orang nak memancing atas jambatan pun di larang tau.” Sebab mereka tahu jambatan bukan tempat tinggal." Terang Azizi panjang lebar sambil senyum, melirik mata pada isterinya.

“Tak apalah abang,"

"Syadah cuba belajar memahami kerja dakwah dan tabligh ni. Walaupun sukar tapi Syadah akan berusaha mengatasinya.” tutur Syadah lembut. Kata-kata yang menyejukkan hati suaminya, Azizi.

TAMAT BAB KEEMPAT IKUTI BAB SETERUSNYA INSYA ALLAH

Glosari :
DAIE - penyeru/pengajak. Merujuk kepada mengajak ke arah penerapan nilai tauhid, keimanan dan ubudiyah hanya kepada Allah Taala.
KHURUJ - keluar wilayah/mukim untuk berdakwah dengan waktu yang telah ditentukan.
HABBATUSSAUDA' - dikenali juga dengan nama Jintan Hitam Arab. Ia sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda'.
DAKWAH - adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa Ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a - yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.
TABLIGH - menyampaikan. Dari kata ballagha - yuballighu. Sedangkan menurut istilah tabligh adalah menyampaikan ajaran-ajaran Islam yang diterima dari Allah SWT kepada ummat manusia agar dijadikan pedoman hidup supaya memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat.
HIDAYAH - hidayah ada 2 tahap : untuk diri sendiri dan asbab hidayah untuk orang lain.
TAKAZA - bahasa urdu yang bermaksud seruan, panggilan atau keperluan. Dalam konteks maksud takaza agama adalah keperluan agama.
GASHT - ziarah dari rumah ke rumah atas maksud iman. Usaha yang mirip dengan yang dilakukan Rasulullah s.a.w ketika pergi berjumpai setiap orang semasa di Makkah. Disebut juga sebagai dakwah umumi. Ghast ini dilakukan sebelum Maghrib atau selepas solat Maghrib dengan dimulai muzakarah adab ziarah. Program harian semasa keluar di jalan Allah dan program mingguan semasa berada di tempat tinggal atau maqami. Sekurang-kurangnya 45 minit masa yang dikehendaki. Sinonim dengan kata Jaulah dalam bahasa Arab iaitu berkeliling menjumpai manusia untuk mengajak taat kepada Allah.
KHUSUSI - usaha ziarah yang dilakukan terhadap golongan-golongan tertentu. Contohnya, ziarah kepada penanggungjawab masjid/surau, ustaz atau alim ulama, karkun/rakan seusaha yang 'berehat' dan sebagainya.
TAKLIM - kata taklim ertinya pengajaran. Makna taklim secara bahasa adalah menerangkan, memberitahukan, mengkhabarkan, iaitu memberitahukan atau menerangkan sesuatu (ilmu) yg dilakukan dengan berulang-ulang dan sering (berkali-kali) sehingga dapat berbekas dalam diri. Memasukkan nur kalamullah dan nur sabda Rasulullah s.a.w kedalam hati juga kisah-kisah para sahabat r.hum dan orang-orang soleh sehingga wujud rasa ghairah untuk mengamalkan agama
LIMA AMAL MASJID - dikenali juga dengan 5 amal jemaah masjid iaitu (1) Mesyuarat / Fikir Harian : Berkaitan hal ehwal agama di tempat sendiri. Apa kerja telah dibuat semalam dan apa lagi kerja perlu dibuat supaya 100% orang dapat taat Allah SWT ikut sunnah Nabi SAW. (2) Usaha Harian : beri masa di masjid 8 jam setiap hari, sekurang-kurangnya 2½jam untuk buat apa yang telah dimesyuaratkan. (3) Taalim Harian : bacaan hadis kelebihan amal supaya timbul ghairah untuk bersolat, baca quran, zikir, bersedekah dan lain2. Bacaan dibuat di masjid dan di rumah, sekali sehari (30 minit). Taalim rumah beserta Muzakarah 6 Sifat Sahabat. (4) Gasht / Ziarah Mingguan : Ziarah/Gasht 1 – rumah ke rumah seminggu sekali untuk bersilaturahim di tempat sendiri dan Ziarah/Gasht 2 – di kampung sebelah. (5) Keluar Ke Jalan Allah. Bulanan dan Tahunan. keluar ke surau/masjid lain selama 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun.

Salam Maulidur Rasul 1434H - اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Sollu Ala Khair Al Anam - اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

********************
DIJEMPUT : Follow my blog with Bloglovin

Penulis : Ayie Abas Lokasi : Malaysia

Entry SUAMIKU DAIE #4, disiar oleh Ayie Abas pada Monday, January 28, 2013. Semoga entri ini dapat menambah wawasan bersama. Jika kengkawan ingin menyebarkan postingan dari Ayie Abas mohon dengan sangat untuk mencantumkan sumber. Terima Kasih. Kita Buddyz!

25 comments:

{ Remy hazza } at: January 28, 2013 at 11:18 AM said...

akhirnya kisah nie disambung lagi...tak sabar menunggu next episod.... syadah biarpun redha... tapi masih ada sisa konflick dlm hatinya..... semoga dia memahami azizi..... peluang dan ruang.....

{ Ayie Abas } at: January 28, 2013 at 11:36 AM said...

@Remy hazza

siri semakin ke penghujungnya remy...:)

{ Azie Namico } at: January 28, 2013 at 1:18 PM said...

salam ayie ! ada sambungan...weee..
bak kata pepatah "Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”.

Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang kita jangan diutamakan kepada manusia termasuklah kepada suami atau isteri. Kita mesti paling utama menyayangi Allah swt, Nabi saw dan seterusnya.

kerana menyayangi Allah swt pasti DIA kekal abadi.Amin!

{ Tinta Lana } at: January 28, 2013 at 2:37 PM said...

Assalammualaikum.

Ayie..ayie ada cuba hantar cerpen2 ayie kat mjlh?

{ Wirda Amir } at: January 28, 2013 at 3:29 PM said...

assalamualaikum tuan...

begitu lama menanti sambungan..berbaloi la sbb panjang juga kisahnya kali ini...

setiap langkah kaki suami menuju ke masjid atau berjihad...pahalanya dapat juga kepada isteri..tapi si isteri kenalah menjaga maruah diri dan suami sepanjang masa..untunglah Shadah dan Azizikan...saling berbagi pahala...

Shadah kena byk bersabar nih...tak byk masa suami untuk keluarga tapi lebih kepada agama...meyambung perjuangan Nabi saw...

menunggu insan yg beruzlah seharipun rasa dah lama...hehehe..kalau beriktikaf di masjid...mau dua tiga hari tu....

{ Cikgu Jaja™ } at: January 28, 2013 at 4:33 PM said...

penceritaan menarik...

jaja baca ulang 2 kali..

emm..walaunagaimanapun fikrah jaja sama seperti shadah

isteri mmg hendak selalu di bawah ketiak suaminya

itu pemerhatian jaja la sebagai seorang isteri, tunggak rumahtangga berlayar penuh hikmah bila nakhodanya ada bersama menggembeling usrah hasanah..sakinah dan mawaddah.. :)

sorry ayie..bebel pulak :p

{ ✿A I N A A✿ } at: January 28, 2013 at 6:50 PM said...

tak pernah lagi baca cerita ni.. macam menarik... wahhh macam2 info terbaru yg sy dapat dari blog Ayie ni

{ Leeza dayasari [santai leeza] } at: January 28, 2013 at 8:30 PM said...

ketinggalan zamannya leeza. baru tahu ada e-cerpen.

{ Puteri Kasih } at: January 29, 2013 at 1:37 AM said...

sambungan yang cukup menarik (Y)

kali ini ceritanya lebih panjang, lagi asyik bila membacanya.

Puteri dapat bayangkan perasaan syadah, terasa sunyi bila suaminya tiada di rumah namun syadah sepatutnya bersyukur kerana suaminya keluar bukan untuk berpoya-poya sebaliknya dia keluar untuk berdakwah. Mudah-mudahan hati syadah akan terbuka nanti.

p/s puteri sengaja membaca di waktu malam..sebab dapat fokus. Tu yang terlewat sedikit membacanya ^_^

{ KY } at: January 29, 2013 at 12:49 PM said...

syadah masih mampu mengawal kesabaranya...Alhamdulillah

{ fatin amalina husna } at: January 30, 2013 at 1:53 PM said...

terima kasih ilmunya..

tingginya sabar mereka..=)

{ Ayie Abas } at: January 30, 2013 at 5:29 PM said...

@Azie Namico

w'salam azie :)

betul semua kata2 azie tu...syg kan isteri atau suami lambat laun bila sampai ajal pasti akan berpisah jugak kan tuk selamanya...

klu utamakan Allah dan Rasul SAW..Allah sentiasa ada....Nabi SAW pula org yg akan beri syafaat pd kita di akhirat kelak...semoga kita termasuk golongan yg dpt syafaat baginda SAW..:)

{ Ayie Abas } at: January 30, 2013 at 5:30 PM said...

@Tinta Lana

W'salam lana :)

cerpen ni bukan ayie yg buat..ayie cuma olah jer lana...:)

{ Ayie Abas } at: January 30, 2013 at 5:34 PM said...

@Wirda Amir

w'salam puan :)

aah..lama jugak kan...nasib baik kawan2 masih ingat...hehe :P

betul tu..setiap kali suami solat berjemaah isteri di rumah juga dpt pahalanya...:)

insya Allah..syadah tgh nk mula belajar tu...hehe... :P

{ Ayie Abas } at: January 30, 2013 at 5:43 PM said...

@Cikgu Jaja™

salam jaja :)

jaja kan seorg isteri...tentu amat memahami :)

{ Ayie Abas } at: January 30, 2013 at 5:45 PM said...

@✿A I N A A✿

salam aina :)

dah masuk siri ke 4...

agak lama juga jarak dgn siri ke 3 dulu...:)

terima kasih aina ^__^

{ Ayie Abas } at: January 30, 2013 at 5:46 PM said...

@Leeza dayasari [santai leeza]

salam leeza...:)

jarak antara siri2 cerpen tersebut agak lama...sbb tu org x perasan...:)

{ Ayie Abas } at: January 30, 2013 at 6:08 PM said...

@Puteri Kasih

aah..siri 4 ni pjg dari siri sebelum2 nya...:)

adakah citer dah nk tamat? kena tungguuu..hehe :)

betul tu..keluar tuk hal kebaikan..isteri kena memahami laa kan..lebih2 lagi bila melibatkan hal agama... :)

{ Ayie Abas } at: January 30, 2013 at 6:12 PM said...

@KY

begitulah layaknya seorg isteri...memahami suaminya dlm hal2 kebaikan...kan KY :)

{ Ayie Abas } at: January 30, 2013 at 6:13 PM said...

@fatin amalina husna

sama2 husna :)

seorg daie kena ada sifat istiqamah dan sabar...semua kerana Allah :D

{ Cik Yaya } at: January 31, 2013 at 5:09 AM said...

besar jg pengorbanan seorang istri ni..mmerlukan kesabarn yg tgi..tpksa merelakan suami pergi demi Islam..demi Allah, demi Nabi Muhammad saw..
kalaula yaya,ikutkan ati mmg xsnggup tp mengenangkan dunia ni pun sementra,akhrt tu yg kekal,redha je pe yg berlaku..demi utk kesenangan akhrt kelak..

besh jgk la cite ayie ni...^_^

{ Ayie Abas } at: February 2, 2013 at 2:50 AM said...

@Cik Yaya

salam cik yaya :)

melakukan pengorbanan demi agama...memang sesuatu yang sgt berat tapi sgt besar kemuliaannya di dunia dan akhirat...:)

bila akhirat didahulukan semua yg berat akan jadi ringan kan...cik yaya :)

{ Cik Yaya } at: February 5, 2013 at 10:18 PM said...

wslm =)

ye..btul sgt..^_^

{ Ayie Abas } at: February 11, 2013 at 5:56 PM said...

@Cik Yaya

salam cik yaya :) ^__~

{ Wirda Amir } at: January 3, 2014 at 11:23 AM said...

Assalamualaikum tuan....

Bila dibaca blk cerita ni terutamanya siri ke 4 ni,terasa kalaulah ada kehidupan yg begini,yg benar2 mengikut al quran dn sunnahnya...alangkah bahagia dn tenangnya jiwa...seorg daie itu memerlukan seorg wanita yg beriman dn sgt memahami tugas suaminya...ada lagi ke wanita seperti Syadah ni di zaman ini ye...?kenapa sambungan@siri 5 semata2 itu sj...tp apapun ianya adala satu pesanan yg sgt bermakna dn menginsafkan.....tq

 
DAKU . Powered by Blogger.

TOTAL PAGEVIEWS

LINK DAKU AMAT

 

© 2010 Daku Amat Menyintai Mu, Design by DzigNine
In collaboration with Breaking News, Trucks, SUV