Keajaiban Tulang Sulbi

Wednesday, December 19, 2012
Daku Amat Menyintai Mu

APA rahsia yang terkandung di dalam keajaiban penciptaan tulang sulbi, sehingga tulang ini disebut oleh baginda Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun yang lampau?

Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul tubuh manusia.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah SAW bersabda yang bermaksud :


"Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa :

1 - Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2 - Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3 - Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.

Daku Amat Menyintai Mu
Kejadian manusia daripada tulang sulbi. Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel ia membelah menjadi 2 sel dan seterusnya setiap sel masing-masing membelah lagi dan lagi. Struktur yg mula-mula dibentuk pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor atau coccyx.

Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini akan terus memanjang dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord). Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita-pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).

Tulang sulbi tidak akan hancur.

Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih terus utuh seperti biasa.

Daku Amat Menyintai Mu

Subhanallah, Maha suci Allah. Begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, walaupun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan dan walaupun telah beribu tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat menerusi tulang sulbi. Dalam AL-Qur'an, Allah SWTada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud :


"Engkau memasukkan malam ke dalam siang dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27)


Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel2 tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio2 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk janin yang lain. [S]

Allahu a’lam (Allah lebih Maha Mengetahui)

********************
Dijemput : Follow my blog with Bloglovin

Penulis : Ayie Abas Lokasi : Malaysia

Entry Keajaiban Tulang Sulbi, disiar oleh Ayie Abas pada Wednesday, December 19, 2012. Semoga entri ini dapat menambah wawasan bersama. Jika kengkawan ingin menyebarkan postingan dari Ayie Abas mohon dengan sangat untuk mencantumkan sumber. Terima Kasih. Kita Buddyz!

20 comments:

{ Wirda Amir } at: December 19, 2012 at 10:26 PM said...

subhanallah,setiap apa yg Allah cipta,pasti ada tujuan,kecil je tulang sulbi ni,ada belajar tentang tulang ni masa sklh menengah,subjek biologi tapi takde biasa2 je,cuma kenal rupa dan nama dan fungsi dlm istilah sains

begini rupanya fungsi tulang sulbi menurut Al Quran,baru je tau ni,ni la dia,baca quran tak tau makna,ada buku tafsiran tp jarang2 nak digunakan,hurmmm

{ ✿A I N A A✿ } at: December 19, 2012 at 10:31 PM said...

subhanaAllah... baru tahu apa fungsinya tulang sulbi ni.. even ena belajar kedoktoran, bljr bab2 ni, tapi yela, ilmu sains mengabaikan Tuhan.. terima kasih info ni

{ evangelistaNiL } at: December 19, 2012 at 10:40 PM said...

.. wahhh . terima kasih kongsi info ..

{ Azie Namico } at: December 19, 2012 at 11:41 PM said...

azie singgah sini...weee...

Subhanallaah...akhirnya sains moden menemui juga kisah mengenai tulang sulbi.Begitulah tinggi nya nilai manusia dari makhluk2 allah yang lain...masing2 ada keistimewaan yang dicipta oleh Allah S.W.T.
Cuma kita jer tak tahu...skrg dah tahu...

you are awesome ayie ! thanks sharing this info.

{ Remy hazza } at: December 20, 2012 at 5:41 PM said...

subhanallah... sempurna penciptaan Allah.... terima kasih ayie.....berkongsi fakta yg memang remy tak pernah tahu nie.....

{ fatin amalina husna } at: December 20, 2012 at 6:05 PM said...

Subhanallah..istimewa sungguh ciptaanNya..=)

{ Shiyda Aqma } at: December 21, 2012 at 8:46 PM said...

info yang menarik ni ayie ! subhanallah :)

{ CintaKhadijah } at: December 24, 2012 at 12:28 AM said...

subhanallah.. aptutla kes altantuya tu wlaupun dibom tulang ni still ada. eh. betol ke tak info ck bg ni. hiks. rasanya ada org ckp camtu. kiranya betol la kan..

{ Raudzah Zahari } at: December 24, 2012 at 9:19 AM said...

Nice article ..tq for sharing..besarnya kejadian Tuhan kan..

{ Ayie Abas } at: December 27, 2012 at 6:14 AM said...

@Raudzah Zahari

memang sempurna kan raudzah...setiap kejadian yg diciptakan Allah Taala...tu :)

{ Ayie Abas } at: December 27, 2012 at 6:28 AM said...

@CintaKhadijah

tulangnya kecik jer...tapi memang kukuh kan CK....:)

{ Ayie Abas } at: December 27, 2012 at 6:29 AM said...

@Shiyda Aqma

terima kasih shiyda....tu laa kebesaran Allah yg sgt Maha Sempurna..

{ Ayie Abas } at: December 27, 2012 at 6:31 AM said...

@fatin amalina husna

Maha Besar Allah...sebaik2 Pencipta...:)

{ Ayie Abas } at: December 27, 2012 at 6:32 AM said...

@Remy hazza

sama2 remy...ayie memang suka baca fakta2 mcm nih...

{ Ayie Abas } at: December 27, 2012 at 6:36 AM said...

@Azie Namico

selamat singgah di blog daku amat...azie..terima kasih ya. ^__^

dah byk kajian sains moden yg selari dgn apa yg terdapat dlm al quran...yg diturunkan lebih 1400 thn dulu...begitulah dah terbukti akan mukjizat al quran memang datang dari tuhan pencipta sekalian alam..

{ Ayie Abas } at: December 27, 2012 at 6:37 AM said...

@evangelistaNiL

sama2 evangelista...semoga dpt manfaat :)

{ Ayie Abas } at: December 27, 2012 at 6:38 AM said...

@✿A I N A A✿

padahal ilmu sains laa yg dipelopori org islam utk mencari kebenaran Tuhan kan aina...

{ Ayie Abas } at: December 27, 2012 at 6:40 AM said...

@Wirda Amir

ayie pulak dah x ingat ada belajar ke tak masa sekolah dulu....hehe

dlm al quran semua ada...kunci pd segala ilmu pengetahuan...:)

{ Lenggang Kangkung } at: January 3, 2013 at 11:23 AM said...

masya Allah

{ Ayie Abas } at: January 3, 2013 at 1:26 PM said...

@Lenggang Kangkung

maha hebat ciptaan Allah :)

Post a Comment

 
DAKU . Powered by Blogger.

TOTAL PAGEVIEWS

LINK DAKU AMAT

 

© 2010 Daku Amat Menyintai Mu, Design by DzigNine
In collaboration with Breaking News, Trucks, SUV