Cara Muslimah Mengenali Bakal Suami

Tuesday, December 04, 2012
Daku Amat Menyintai Mu

Kenangan Cinta Yang Terpelihara - Fatimah Syarha

LEMAH lembut betul tutur kata Ustazah Fatimah Syarha ni. Setiap butir katanya jelas sebab diluahkan satu persatu. Patut la orang yang mendengar buah fikirannya mudah 'meresap' ke dalam hati. Buah fikiran beliau juga bernas berdasarkan ilmu dan pengalaman yg dimilikinya.

Fatimah Syarha Mohd Noordin, telah berumahtangga dengan Dr.Farhan Hadi dan ibu kepada seorang anak yang comel. Selain memberi motivasi kepada pelajar2 di Universiti, beliau juga merupakan seorang novelis. Novel Tautan Hati dan Sebarkan Cinta-Mu antara novel terbaiknya.

JANGAN LUPA KLIK VIDEO DI ATAS. Daku amat tertarik dengan video ceramah Fatimah Syarha ini. Banyak tips2 dan buah ilmu yg boleh buat otak kita berfikir dan mengambil manfaatnya.

Daku Amat Menyintai Mu
Di samping itu, sempat juga daku cari serba sedikit latar belakang beliau. Fatimah Syarha Mohd Noordin. Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A Sultan Zainal Abidin dlm aliran Thanawi. Berkelulusan dari UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam bidang Fiqh dan Psikologi.

Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau juga menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 dlm Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP tahun 2006.

Ustazah Fatimah Syarha, menjadikan kalimah 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidupnya. Beliau juga amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam setiap karya penulisannya. Menjadikan novel-novel karangan beliau punya 'roh' yang tersendiri.

********************
PAUTAN : Fatimah-Syarha/FACEBOOK | Fatimah-Syarha/BLOG-sebarkanbahagia
DIJEMPUT SILALAH KIRANYA TUAN HAMBA BUDIMAN : Follow my blog with Bloglovin

Penulis : Ayie Abas Lokasi : Malaysia

Entry Cara Muslimah Mengenali Bakal Suami, disiar oleh Ayie Abas pada Tuesday, December 04, 2012. Semoga entri ini dapat menambah wawasan bersama. Jika kengkawan ingin menyebarkan postingan dari Ayie Abas mohon dengan sangat untuk mencantumkan sumber. Terima Kasih. Kita Buddyz!

15 comments:

{ Puteri Kasih } at: December 4, 2012 at 9:44 PM said...

sangat menarik..terpesona dengan kata-kata Ustazah Fatimah Syarha

{ Azie Namico } at: December 4, 2012 at 11:34 PM said...

"kami tak couple , tapi sebelum nikah kami kenal" awesome ! untunglah 1 minit bole kenal bakal suami...

best ! best !

{ Hnahdy } at: December 5, 2012 at 12:38 AM said...

xpernah dengar lagi

{ Wirda Amir } at: December 5, 2012 at 9:09 AM said...

cinta lenyap krn sbb,kalau sukakan seseorang atas suatu sbb yg biasanya pastilah yg baik2 sj,itulah yg dinamakan keterujaan,akan hilang rs suka bila terlihat segala kelemahan atau kekurangan

sepatutnya kita kena terima kekurangan org lain krn diri kita juga tidak sempurna dan saling membantu utk membaiki diri

gmbar pasangan dan anak tu gmbar bbrp thn dulukan?dah membesar anak tu

{ syiela } at: December 5, 2012 at 4:15 PM said...

suka buku dia sebarkan cintamu.. banyak ilmu di situ

{ Ayie Abas } at: December 6, 2012 at 4:15 AM said...

@Puteri Kasih

memang buat kita mudah terpesona kan dgn kata2 beliau yg bernas dan lemah lembut tu. :)

{ Ayie Abas } at: December 6, 2012 at 4:16 AM said...

@Azie Namico

dengan cara tu selamat dari dosa dan maksiat jika sekiranya bercouple kn...

{ Ayie Abas } at: December 6, 2012 at 4:17 AM said...

@Hnahdy

sama laa..ayie pun sebelum ni x pernah dengar lagi ceramah beliau...tapi bila dah dengar terus suka... :)

{ Ayie Abas } at: December 6, 2012 at 4:19 AM said...

@Wirda Amir

itulah yg terjadi jika bergantung pd sebab yg tak kukuh iaitu sebab kerana selain dari Allah..kn

aah...makhluk bersifat lemah tiada yg sempurna...

itu gambar bbrapa tahun lepas agaknya...baby cepat berubah2 dan membesar :)

{ Ayie Abas } at: December 6, 2012 at 4:21 AM said...

@syiela

syiela dah dapati novel karangan ustazah fatimah eh? wah...bagusnya

aah beliau memang terserlah akan keilmuannya...kita bole tgok ketika beliau bercakap...penuh dgn buah2 ilmu dan bernas :)

{ kaishin } at: December 6, 2012 at 7:10 PM said...

tutur kata yg lembut dan disertakan dgn ilmu pasti dapat menyentuh sanubari insan yg mendengarnya

{ Ayie Abas } at: December 6, 2012 at 8:33 PM said...

@kaishin

betul kaishin...menenangkan dan mudah masuk ke jiwa :)

{ Remy hazza } at: December 7, 2012 at 2:35 PM said...

menarik ayie.....
kata2 yg boleh dijadikan panduan.....

{ fatin amalina husna } at: December 7, 2012 at 4:42 PM said...

husna suka bila dya berbicara..=) memahami kita berjiwa remaja..

{ Iha Zaliza } at: April 2, 2013 at 1:06 AM said...

Salam Ayie.. wah nampak menarik.. satu perkongsian yang bagus.. kalau jumpa buku ni nanti Insya Allah iha akan beli.. :)

 
DAKU . Powered by Blogger.

TOTAL PAGEVIEWS

LINK DAKU AMAT

 

© 2010 Daku Amat Menyintai Mu, Design by DzigNine
In collaboration with Breaking News, Trucks, SUV