Baca Al Fatihah Dengan Tajwid Yang Betul

Tuesday, December 11, 2012
Daku Amat Menyintai Mu

MEMBACA surah Al-Fatihah amat penting dalam kehidupan harian seorang Muslim kerana ia adalah Ummul Kitab atau induknya kitab suci Al Quran. Manakala membacanya didalam solat adalah rukun. Bacaan Al Fatihah yang tidak betul dan kemudian tidak ada usaha untuk belajar memperbaikinya, sudah tentulah akan menjejaskan solat yang kita kerjakan.

Berikut merupakan beberapa kesalahan umum dalam bacaan surah al-Fatihah yang biasa dilakukan berserta dengan pembetulannya. Perlu diingatkan blog bukanlah tempat yang sesuai untuk mendalami pembacaan al-Quran. Kerana belajar membaca Al Quran yang sebenar adalah secara berdepan dengan guru. Yakni kita baca kemudian didengari dan dibetulkan bacaan kita oleh guru tersebut.

Anggap saja entry ini sebagai langkah pertama untuk mengetahui kesilapan dan seterusnya berusaha memperbaiki, demi mendapatkan bacaan Al-Fatihah yang betul.

Daku Amat Menyintai Mu

Kesalahan Umum Ketika Membaca Al Fatihah Berserta Dengan Cara Bacaannya Yang Betul

1. Sebutan huruf berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf digantikan dengan huruf.

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-Hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "al-HamdulilLah..."

8. Sabdu pada huruf ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "RabBil"

9. Huruf ditukar menjadi huruf .

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "IyYaka".

11. Sebutan huruf tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ditukar menjadi huruf.

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf tidak disabdukan.

17. Huruf ditukar menjadi huruf .

18. Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan , kemudian. Ada juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan kemudian .

21. Huruf ditukar menjadi huruf.

22. Huruf berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf disebut dengan qalqalah.

24. Huruf tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ditukar menjadi huruf.

26. Huruf tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.

********************
PAUTAN BERKAITAN : soutulmujahid
DIJEMPUT : Follow my blog with Bloglovin

Penulis : Ayie Abas Lokasi : Malaysia

Entry Baca Al Fatihah Dengan Tajwid Yang Betul, disiar oleh Ayie Abas pada Tuesday, December 11, 2012. Semoga entri ini dapat menambah wawasan bersama. Jika kengkawan ingin menyebarkan postingan dari Ayie Abas mohon dengan sangat untuk mencantumkan sumber. Terima Kasih. Kita Buddyz!

16 comments:

{ Wirda Amir } at: December 11, 2012 at 7:54 PM said...

alhamdulillah,perkongsian yg sgt baik,tak sah solat kalau tak betul bacaan fatihahnya

terimakasih

{ Remy hazza } at: December 11, 2012 at 8:03 PM said...

terima kasih ayie.....
perkongsian yg amat baik utk semua..... tersalah sebut boleh membawa maksud yg berlainan... kena hati2......

{ Azie Namico } at: December 11, 2012 at 8:41 PM said...

sharing is caring ...wajib membacanya dengan betul serta dengan tajwid..baru lah sempurna solat seseorang itu..

terima kasih perkongsian yang terbaik !

p/s : masa kecik dulu selalu ustaz tanya pasal tajwid , siap kene rotan lagi...mengimbau kenangan tu ! hehe

{ Tinta Lana } at: December 11, 2012 at 9:20 PM said...

Assalammualaikum.

Blog soutulmujahid..lama tak singgah blognya..

Entry ni kiranya kali kedua buat lana.. kena baiki sikit demi sikit kan yie.. ^_^

{ fatin amalina husna } at: December 11, 2012 at 9:39 PM said...

kalau baca sendiri rasa mcm kurg pham..tp klau jumpa tok guru boleh lar nih..=)

nice sharing..^^

{ shasha yacob } at: December 12, 2012 at 8:07 PM said...

nice sharing :D

{ shasha yacob } at: December 12, 2012 at 8:08 PM said...

nice sharing :D

{ Ayie Abas } at: December 12, 2012 at 10:53 PM said...

@Wirda Amir

betul tu..amat penting kita tahu mana yg salah...dan mana yg betul ketika membaca al fatihah kan...:)

{ Ayie Abas } at: December 12, 2012 at 10:55 PM said...

@Remy hazza

betul remy...sebutan yg salah maknanya juga akan berbeza...sebab tu kena sebut dgn tepat...:)

{ Ayie Abas } at: December 12, 2012 at 10:57 PM said...

@Azie Namico

untung klu kita dpt ustaz yg tegas masa mengajar mengaji azie...fokus kita lebih...kurang main2...:D

{ Ayie Abas } at: December 12, 2012 at 10:59 PM said...

@Tinta Lana

w'salam...lana

bagus gak ayie dpt kenal kn kembali pd blogger kawan lama lana...hehe :)

aah...janji kita ada belajar memperbaiki bacaan kita...:)

{ Ayie Abas } at: December 12, 2012 at 11:00 PM said...

@fatin amalina husna

kena baca perlahan2 husna...boleh faham juga...sekurang2nya kesilapan asas...

tapi klu nak mendalami lebih baik jumpa guru mengaji...:)

{ Ayie Abas } at: December 12, 2012 at 11:01 PM said...

@shasha yacob

terima kasih shasha :)

{ Ayie Abas } at: December 12, 2012 at 11:02 PM said...

@shasha yacob

berkongsi utk diri ayie juga...:D

{ KY } at: December 13, 2012 at 11:12 PM said...

Alhamdulillah...dapat belajar tajwid hr ni..KY suka sangat kalau lihat dan dengar ustaz Don baca

{ Ayie Abas } at: December 14, 2012 at 11:33 AM said...

@KY

sama laa dgn ayie KY...

ayie memang dah lama ikuti rancangan ustaz don tu...termasuk laa utk belajar tajwid tu..

dulu ayie suka tgok rancangan ustaz farid kat TV1...:)

 
DAKU . Powered by Blogger.

TOTAL PAGEVIEWS

LINK DAKU AMAT

 

© 2010 Daku Amat Menyintai Mu, Design by DzigNine
In collaboration with Breaking News, Trucks, SUV