Amir Khattab Saiful Islam

Friday, September 14, 2012
AMIR KHATTAB SAIFUL ISLAM (pedang Islam), salah seorang mujahid pernah berkata :

"Sesungguhnya sejarah Islam tidak akan menggoreskan tintanya
kecuali untuk para lelaki yang berlaku jujur kepada Allah dan kepada siapa saja yang menyertainya, yang mempraktikkan kata-katanya, dan maju di barisan tempur paling depan." - Amir Khattab


Khattab Saiful Islam - Berjuang Hingga Tarikan Nafas Terakhir

IDENTITI beliau pada mulanya sangat misteri, tetapi setelah itu barulah keluarga dan teman-temannya menceritakan siapa dan bagaimana sejarah beliau. Beliau dilahirkan di Arab Saudi dengan nama sebenar Samir Sholeh bin Abdillah As-Suwailim pada tanggal 26 Muharram 1389 H (14 April 1969 M). Dibesarkan oleh keluarga baik dan terhormat yang dikenal dengan keberanian dan kecerdasannya.

Semasa kecil beliau dan saudara2nya sering diajak ayahnya mendaki dan menyusuri gunung. Sejak kecil ayahnya mengenalkannya akan kesungguhan dan pengorbanan. Seperti kebanyakan anak muda lainnya, beliau memiliki cita-cita yang tinggi. Beliau berusaha mendapat biasiswa sekolah di luar negeri hingga meraih gelar Doktor. Beliau selalu menulis rencana2 masa depan di dalam buku catatan peribadinya.

Mengorbankan Cita-Cita Duniawi

Di saat Khattab berfikir untuk meraih cita-citanya, peristiwa-peristiwa penting menimpa umat Islam di dunia, seperti pencerobohan tentera Soviet ke atas Afghanistan dan Intifadhah di Palestin. Peristiwa ini sangat mempengaruhi pemikiran beliau yang akhirnya merubah semua rencana masa depan beliau.

Perjuangan Bermula Di Afghanistan

Akhirnya sebelum usianya genap 18 tahun, beliau hijrah ke Afghanistan untuk menjawab panggilan ulama-ulama mujahidin saat itu seperti Asy-Syahid (Insya Allah) Syaikh Abdullah Azzam Rahimahullah, Asy-Syahid (Insya Allah) Syaikh Tamim Adnani Rahimahullah serta Syaikh Usamah bin Muhammad Bin Laden Hafizhahullah meskipun orang tuanya sebenarnya tidaklah terlalu menyetujuinya.

Di Afghanistan (1988-1994) Beliau menyelesaikan latihan dasar kemiliteran dalam waktu yang singkat. Kecerdasannya mengundang rasa kagum para pelatih. Salah seorang pelatih beliau, Hasan As-Sarehi mengatakan bahawa Khattab selalu merayunya agar dia diletakkan di barisan depan mujahidin saat berhadapan dengan tentera Soviet. Dalam waktu enam tahun diwaktu usianya belum genap 24 tahun, Khattab telah menjadi salah satu komandan yang digeruni oleh tentera Soviet.

Khattab ikut serta dalam operasi serta perencanaan penaklukan kota Jallalabad, Khost, dan Kabul di tahun 1993. Pada penaklukan Jallalabad, saat mujahidin mengambil alih balai polis yang digunakan intelijen Soviet, ditemukan dimana-mana rekod catatan tentang Khattab. Ternyata gerak-geri Khattab diawasi setiap hari, dibuktikan dengan adanya laporan harian tentang Khattab. Bagi Soviet, Khattab telah mengakibatkan kekalahan serius di setiap medan pertempuran.

Khattab tinggal di Afghanistan dalam waktu yang lama, bahkan setelah pasukan tentera Soviet kalah teruk dan mundur dari Afghanistan, beliau bersikap keras untuk tidak kembali ke rumah. Menurut saudaranya, sesekali Khattab mengirim video rakaman kegiatannya di Afghanistan saat bertempur ataupun di saat tenang bersama teman-temannya. Ayahnya ikut menonton video tersebut, lalu ayah Khattab berkata, “Dia bodoh kalau dia ingin pulang!.” Ayahnya menyaksikan kehidupan mujahidin di Afghanistan, hidup merdeka dalam menjalankan syari’at Allah SWT. Ayahnya baru mengerti betapa Khattab sangat diperlukan di sana, dan mengapa Khattab bersikap keras untuk tidak pulang ke rumahnya.

Melanjutkan Perjuangan Di Tajikistan

Di Tajikistan (1994-1995) Setelah Soviet Union berundur dari Afghanistan, Khattab mendapat berita bahawa ada peperangan lagi di Tajikistan dengan musuh yang sama (tentera Soviet). Lalu berangkatlah Khattab bersama sekelompok kecil Mujahidin ke Tajikistan. Di sini Khattab mendapat banyak pengalaman baru yang berharga.

Beliau menghabiskan waktu 4 bulan untuk persiapan dari membeli senjata, amunisi, alat komunikasi, serta kendaraan. Khattab bercerita bahawa menyeberangi sungai Jeihun (dekat perbatasan Tajikistan) yang deras merupakan jihad tersendiri. Pertama kali Khattab hanya melatih sekitar 100-120 mujahidin, lalu meningkat menjadi 300-400 orang dan lebih banyak seterusnya.

Di sana keadaannya sangat sulit, persenjataan mujahidin yang minima, medan jihad yang merupakan pergunungan berat dengan ketinggian minima antara 2500-3000m dari permukaan laut, serta bantuan para dermawan fi sabilillah yang sulit sampai kerana medan berat tersebut, disamping perhatian umat Islam dunia yang kurang terhadap Tajikistan. Tetapi Allah SWT selalu menolong mujahidin yang berjihad ikhlas kerana ingin mendapat redha dari-Nya.

Ketika di Tajikistan Khattab kehilangan dua jari tangan kanannya kerana sebutir bom tangan buatan sendiri. Bom tangan tersebut meletup di tangan beliau dan dua dari jari beliau cedera parah. Para Mujahid yang bersama-sama dengan beliau menyuruh beliau pergi ke Peshawar untuk mendapatkan pengobatan, tetapi Khattab enggan. Sebaliknya beliau meletakkan sedikit madu pada luka tersebut (seperti Sunnah Rasulullah SAW) dan membalutnya sambil menegaskan bahawa tidak perlulah beliau ke Peshawar. Hingga syahidnya balutan itu tetap melekat di tangannya.

Perjuangan Berakhir Di Chechnya

Perang Chechnya I (1995-1996) Pada permulaan tahun 1995 terjadilah pemberontakan di Chechnya. Awalnya Khattab berfikir bahawa pemberontakan tersebut yang dipimpin oleh Jenderal Jauhar Dudayev merupakan pemberontakan jenderal komunis biasa dan ini hanya konflik internal dalam Russia sendiri. Memang media-media di dunia berusaha menutupi masyarakat dunia untuk melihat konflik ini dari pandangan Islam. Tapi setelah mengetahui yang sebenarnya bahawa Chechnya adalah wilayah dengan penduduk Islam yang ingin memberlakukan syari’at Allah SWT dan lepas dari Russia, barulah beliau bersiap-siap untuk menyambut panggilan jihad tersebut.

Ucapan Khattab waktu itu adalah :

“Ketika aku melihat kumpulan-kumpulan orang Chechen memakai
kain lilit kepala dengan ‘Laa ilaha illallah…’ tertulis di atasnya
dan mengumandangkan takbir, aku memutuskan jihad sedang berlangsung di bumi Chechnya dan aku harus ke sana”.

Ia yang menguasai empat bahasa Arab, Russia, Inggeris dan Pastun, bersama-sama 8 atau 12 mujahidin dari Daghestan berangkat ke Chechnya.

Ditempat Asing Dan Tangisan Khattab

Di awal masuknya ke Chechnya beliau tidak mengetahui sama sekali negeri tersebut. Akhirnya menyamar menjadi reporter sebuah stesen televisyen. Bertanya kepada mereka dengan beberapa pertanyaan. Demikian pula yang dia lakukan saat perjumpaan awalnya dengan Syamil Basayev, selaku komandan tertinggi mujahidin Chechnya.

Tujuan awal beliau ialah untuk melatih mujahidin disana. “Kami masuk Chechnya dan bertemu dengan sekelompok anak muda yang selalu menjaga solat mereka. Mereka komitmen ingin berjihad fi sabilillah. Saya sangat hairan hingga demi Allah saya menangis ketika melihat mereka...” ujar Khattab.



Dialog Khattab Dengan Nenek Tua

Setelah itu Khattab memulai mengadakan program latihan dasar. Tak disangka sambutan dari pemuda di sana sangat luar biasa dan mereka berbondong-bondong untuk bergabung dengan mujahidin. Pernah ada seorang nenek yang menghampiri Khattab dan berkata : “Saya ingin lepas dari Russia dan hidup tenang menjalankan ajaran Islam, kami tidak ingin hidup dijajah Russia”. Lalu Khattab bertanya, “apa yang boleh engkau sumbangkan bagi mujahidin?”. Lalu nenek itu menjawab, “aku tidak punya apapun yang dapat disumbangkan untuk mujahidin kecuali jaket yang sedang saya pakai ini, berikanlah kepada mujahidin”. Mendengar ucapan nenek itu, Khattab menangis lagi dan mulai saat itu Khattab berjanji tidak akan meninggalkan mujahidin di Chechnya.

Akhirnya tidak sekadar melatih, beliau juga bergabung dalam berbagai operasi mujahidin di Chechnya. Dua tahun berjihad di Chechnya dengan metode yang ditimba dari pengalaman jihad di Afghanistan dan Tajikistan, ternyata membuahkan hasil bahawa tentera Russia yang terbunuh selama 3 tahun di Chechnya lebir besar dibanding yang terbunuh di Afghanistan dalam kurun waktu 10 tahun. Akhirnya pada Ogos tahun 1996 Khattab diangkat sebagai salah satu jenderal di Chechnya, di dalam pelantikannya juga hadir dua panglima Chechnya yaitu Shamil Basayev dan Salman Raduyev.

Menyebar Dakwah Di Masa-Masa Tenang

Masa-Masa Tenang Setelah Russia Mundur dari Chechnya (I’dad, Dakwah dan Menyebar Bantuan) Setelah Russia mundur, mulailah babak baru perjuangan mujahidin Chechnya.

Khattab bersama mujahidin lain diminta pemerintah untuk mulai mengorganisasi pasukan di seluruh Chechnya. Beliau membangun kem-kem pelatihan di Chechnya dan menjalin hubungan dengan seluruh pemuda di Kaukasus. Beliau bersama mujahidin juga membangun sekolah-sekolah dan fasiliti untuk mendidik para juru dakwah yang akan dikirim ke seluruh pelosok untuk berdakwah. Banyak pemuda yang datang dari seluruh Kaukasus seperti Ingusetia, Daghestan, Uzbekistan, dan Tartaristan serta daerah lainnya.

Aktiviti ini benar-benar membuat Russia tidak tenang. Setelah perang, Chechnya dilanda kesulitan ekonomi kerana embargo dunia dengan ditutupnya perbatasan Chechnya dari seluruh wilayah oleh Russia, maka dari itu para mujahidin membuat program bantuan ekonomi yang didapat dari para dermawan Islam di Arab Saudi serta negara berpenduduk Islam lain. Khattab pernah bertanya kepada seorang wanita tua di Chechnya, “Pernahkah ada bantuan luar negeri kepada kalian?” wanita itu menjawab, “palang merah internasional pernah datang memberi kami 3kg gula dan 4kg tepung serta 2 liter minyak untuk waktu 2 tahun ”, sambil tertawa Khattab berkata, “itulah bantuan dari lembaga bantuan dunia”.

Pernikahan Dan Pengintipan Agen Russia

Dimasa tenang ini juga Khattab melangsungkan sunnah Rasulullah SAW iaitu menikah dengan salah satu wanita setempat (dari pernikahan ini beliau dikurniakan 3 orang anak). Begitu juga dengan mujahidin-mujahidin Arab serta yang berasal dari daerah lain, mereka membaur dengan orang asli Chechnya dan banyak yang menikah dengan wanita setempat sehingga mereka telah menjadi keluarga.

Dalam masa tenang ini banyak sekali mata-mata Russia yang dikirim untuk melakukan serangan bom serta membunuh pemimpin-pemimpin mujahidin seperti Shamil Basayev, Ashlan Maskhadov, bahkan Khattab sendiri. Pernah mujahidin menangkap 37 orang agen pengintip Russia yang menyusup ikut berlatih bersama mujahidin di kem pelatihan dengan maksud untuk membunuh Shamil Basayev.

Semakin lama jumlah mujahidin di Chechnya semakin banyak, hingga pada suatu saat masa tenang ini berakhir setelah terjadinya peristiwa di Daghestan. Perang di Daghestan dan Persiapan Perang Chechnya II Daghestan merupakan wilayah yang berpendudukan Islam seperti Chechnya.

Bantuan Kepada Penduduk Daghestan

Penduduk setempat sudah bosan dengan karenah birokrasi pemerintah dan polis setempat, di mana ada polis, maka di situ pula terjadi pencurian, maksiat, mabuk-mabukan dan suap-menyuap. Maka penduduk suatu daerah disana mengusir pegawai dan polis tempatan serta memberlakukan syari’at Islam. Setelah itu penduduk dapat hidup tenang, kembali kerja di ladang, melakukan ibadah dan aktiviti lain dengan normal. Akhirnya daerah lain di Daghestan banyak yang ikut mengusir pegawai pentadbir dan polis tempatan mereka dan ikut melaksanakan syari’at Islam.

Saat itu pemerintah tempatan meminta bantuan kepada Russia, maka penduduk setempat meminta bantuan kepada mujahidin di Chechnya. Russia mengepung dan mengebom besar-besaran desa Karamakhiyo serta dua desa lainnya yang didalamnya terdapat lebih 1000 kanak-kanak dan lebih 500 wanita.

Khattab berkata, “Kalau orang-orang Daghestan ingin menyelesaikan masalah mereka secara internal boleh-boleh saja, tapi jika tentera Russia ikut campur menyerang, maka tidak ada alasan yang melarang kami untuk membantu penduduk Daghestan mempertahankan diri dan menurut syari’at, kita tidak boleh berdiam diri dan wajib membantu mereka (muslim Daghestan)”. Setelah mendapat persetujuan dari 17 ulama Daghestan serta majlis syuro’ mujahidin Chechnya, mujahidin yang dipimpin oleh Khattab sendiri masuk ke Daghestan pada tanggal 22 Desember 1997 dan melancarkan serangan. Di pertempuran Daghestan ini Amir Khattab kehilangan seorang komandan bawahan beliau iaitu Asy-Syahid (Insya Allah) Abu bakar Aqeedah.

Perang Chechnya II Sewaktu Russia mundur dari Chechnya, mereka sudah berjanji akan kembali lagi. Kali ini Rusia yang dipimpin Vladimir Putin sudah mempersiapkan dengan matang untuk menyerang dan merebut kembali Chechnya dari tangan para mujahidin. Mereka merasa yakin dapat dengan mudah merebut Chechnya setelah mempelajari setiap gerak-geri mujahidin. Padahal mereka tidak tahu Khattab dan para mujahidin lain sudah mempersiapkan kejutan untuk mereka.

Operasi yang terkenal saat perang Chechnya kedua ini ialah operasi Ramadhan 1419 H, waktu itu mujahidin benar-benar memberi pelajaran yang tak terlupakan bagi tentera Russia dan serangan ke markas OMON (Pasukan Elit Komando Russia), operasi ini juga berhasil dirakam dengan video oleh mujahidin. Perlu diketahui semua operasi mujahidin di Chechnya terlebih dahulu meminta persetujuan dari Majlis Syuro’ Mujahidin yang pada waktu itu diketuai oleh Asy-Syahid (Insya Allah) Syaikh Abu Umar Asy-Syaif Rahimahullah (murid Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-Utsaimin Rahimahullah).

•✿•(Firman Allah Dalam Al Quran)•✿• 
Dan jangan kamu sangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati; bahkan mereka hidup di sisi Rab (Tuhan) mereka dan mereka mendapat rezeki. Mereka berbahagia dengan kurniaan yang Allah berikan kepada mereka dan mereka sukacita terhadap orang di belakang mereka (yang tetap mencari syahid), bahawa tidak ada ketakutan bagi mereka dan mereka (juga) tidak berdukacita.
•✿•(Surah Ali ‘Imran ayat : 169-170)•✿• 

Diracun Tali Barut Russia Melalui Surat

Masa-Masa Menuju Ke Alam Baqa’ Setelah 14 tahun berada di medan jihad, akhirnya Khattab syahid pada Mac 2002. Khattab meninggal sebagai korban pengkhianatan. Khattab dibunuh oleh salah seorang pengirim surat beliau. Pengirim surat tersebut melumuri racun di surat yang dikirim untuk Khattab dari salah seorang pimpinan mujahidin. Waktu itu umurnya belum mencapai 33 tahun, tetapi hampir separuh umurnya dihabiskan di medan jihad.

Ternyata, cara kematian ini telah ia gambarkan jauh hari sebelum ajal menjemputnya. Coretan yang ada di buku sekolah Khattab sewaktu remajanya :

Setitis racun akan membunuhmu,
Dan menjadikanmu tak mampu berbuat apapun,
Kehidupan adalah perjuangan,
Menyelamatkanmu dari titisan itu,
Tetapi tetap menuju fana,
Maka pilihlah cara yang baik bagimu mati,
Yang membawa kemuliaan di syurga,
Dan jangan sampai kamu mati hanya kerana urusan dunia,
Yang akan melemparmu ke neraka,

Begitulah hamba Allah yang faham akan keutamaan jihad dan kemudian menyahutnya. Renungkan kata-kata beliau :

"Kita tidak ditanya tentang hasil perjuangan kita, tetapi kita akan ditanya tentang apa yang sudah kita lakukan, sampai dimana usaha kita. Hanya Allah yang menentukan kemenangan. Allah yang menentukan siapa yang berkuasa. Hendaknya kita tanya pada diri kita sendiri, kenapa kita tidak menolong mujahidin? Kenapa kita tidak memulai? Kenapa kita tidak berusaha? Keputusan hanya di tangan Allah. Sebahagian orang hanya sibuk meneliti, mempelajari, menganalisa masalah apa yang terjadi dan sebagainya. Cara demikian bukanlah
cara yang tepat, kita berusaha dan tawakal kepada Allah."

Sumber : Facebook
Follow my blog with Bloglovin

Penulis : Ayie Abas Lokasi : Malaysia

Entry Amir Khattab Saiful Islam , disiar oleh Ayie Abas pada Friday, September 14, 2012. Semoga entri ini dapat menambah wawasan bersama. Jika kengkawan ingin menyebarkan postingan dari Ayie Abas mohon dengan sangat untuk mencantumkan sumber. Terima Kasih. Kita Buddyz!

2 comments:

{ azie namico } at: September 15, 2012 at 1:30 AM said...

sejak muda lagi dia dah berjuang dalam islam...terbaik !
betul2 jihat ke jalan allah s.w.t

{ Ayie Abas } at: September 15, 2012 at 1:57 AM said...

@azie namico

berjihat dlm usia belasan...meninggal pun dlm usia muda 33 thn..tapi jasanya lebih besar dari semua itu..semoga semua amalannya diterima di sisi Allah.

 
DAKU . Powered by Blogger.

TOTAL PAGEVIEWS

LINK DAKU AMAT

 

© 2010 Daku Amat Menyintai Mu, Design by DzigNine
In collaboration with Breaking News, Trucks, SUV