Tips Atasi Lenguh Kaki

Monday, June 18, 2012
LENGUH kaki perkara yang biasa dialami setiap orang, terutama bila terlampau aktif. Itu belum lagi bersesak dengan orang ramai sehingga berjalan terkedek-kedek lagilah kaki lenguh2.

Selalunya lenguh kaki dikaitkan dengan pemakaian kasut tumit tinggi dan jugak kasut yang tidak sesuai dengan saiz kaki. Lagi satu sakit kaki atau lenguh kaki juga sinonim dengan orang yang obesiti. Tapi tak mustahil yang tak obesiti pun mengalami lenguh2 kaki.

Sebabnya kaki menampung beban berat badan kita. Semuanya tertumpu pada kaki untuk jangka masa yang lama. Berikut diperturunkan beberapa tips mudah untuk atasi lenguh-lenguh pada kaki.


1. Lakukan regangan kaki.
Regangan kaki memang bagus, lebih-lebih lagi kalau kaki sedang lenguh memanglah sedap. Caranya gerak-gerakkan kaki mengikut pusingan jam dan jugak lawan jam. Buat beberapa kali, ala macam kita ‘warm up’ setiap kali berjogging dan bersenaman.

2. Letakkan kaki di tempat tinggi.
Letakkan kaki ditempat tinggi pun elok juga. Ia akan menarik otot-otot di bahagian kaki. Secara tak langsung, lenguh-lenguh itu pun akan hilang.

3. Buat urutan kaki.
Petua lenguh kaki yang selalu dipraktikkan setiap orang, iaitu buat urutan kaki. Picit di bahagian yang lenguh dan sapu dengan minyak panas, macam minyak merah, susu kambing dan sebagainya. Ia baik untuk memberi kelegaan pada kaki yang lenguh dan jugak mampu melancarkan peredaran darah di kaki kita.

Nak lagi senang, manjakan badan di spa, confirm semua lenguh-lenguh hilang, badan dan minda pun segar.

4. Rendam kaki dalam air suam.
Rendam kaki di dalam air suam juga boleh membantu hilangkan lenguh pada kaki. Caranya letak saja air panas dalam baldi di bawah meja dan rendamlah kaki di dalamnya. Nikmatilah ia sambil-sambil study, yang ni student selalu buat. Baik juga untuk pelancaran darah.

5. Lakukan refleksologi.
Refleksologi memang terbukti mampu meredakan segala kesakitan termasuklah lenguh-lenguh pada kaki. Amalan ini dah lama dilakukan sejak dulu lagi sebab ia merupakan salah satu perubatan kuno. Memberi tumpuan pada titik-titik refleks di bahagian kaki.

Jalan atas batu refleksologi tanpa menggunakan alas kaki. Ia mampu melancarkan peredaran darah kita, meredakan ketegangan dan merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Memang bagus jugak untuk sesiapa yang mempunyai penyakit, ia baik untuk meredakan kesakitan dan mengurangkan simptom penyakit. [sumber]

Penulis : Ayie Abas Lokasi : Malaysia

Entry Tips Atasi Lenguh Kaki, disiar oleh Ayie Abas pada Monday, June 18, 2012. Semoga entri ini dapat menambah wawasan bersama. Jika kengkawan ingin menyebarkan postingan dari Ayie Abas mohon dengan sangat untuk mencantumkan sumber. Terima Kasih. Kita Buddyz!

6 comments:

{ Laman Asmara,Alam Maya } at: June 18, 2012 at 11:21 PM said...

Rasa lega bila rendam kaki dgn air suam..ini cara paling mudah waktu begini...sambil melawat blog..hehehe....

{ zulhilmi tempoyak } at: June 18, 2012 at 11:26 PM said...

sy ske rendam dlm ais...

hehehe... tp xbrani nk mandi dlm tu.. ;p

{ cik yuyu } at: June 18, 2012 at 11:27 PM said...

yuyu ade beli selipar yang macam tajam2 tu.. bile pakai mcm urut tapak kaki lah.. tp x tahan lah.. sakit.. mybe boleh try u punye cara.. huhuuhu TQ...

{ Ayie Abas } at: June 19, 2012 at 12:37 AM said...

{ Laman Asmara,Alam Maya }...betul...

ayie dulu pernah cuba...mmg betul2 rasa lega... :D

{ Ayie Abas } at: June 19, 2012 at 12:37 AM said...

{ zulhilmi tempoyak }...ais sejuk di luar tapi panas di dlm..kan?

{ Ayie Abas } at: June 19, 2012 at 12:40 AM said...

{ cik yuyu }...ayie pun ada kasut mcm tu...

kasut yg ayie punya diperbuat dari kayu...durinya berbeza2 pjgnya...

mula2 pakai mmg rasa sakit tapi bila dah lama2 akan berkurangan rasa sakit tu. :)

 
DAKU . Powered by Blogger.

TOTAL PAGEVIEWS

LINK DAKU AMAT

 

© 2010 Daku Amat Menyintai Mu, Design by DzigNine
In collaboration with Breaking News, Trucks, SUV