21 Tanda Lelaki Jatuh Cinta

Monday, May 28, 2012
Daku Amat Menyintai Mu
WANITA yang peka seharusnya mampu mengesan tanda-tanda sekiranya seseorang lelaki itu jatuh cinta dengan memerhati tingkahlaku mereka. Ini kerana lelaki yang sedang jatuh cinta pada kebiasaannya akan MEMPAMERKAN tanda yang ketara sebagai manifestasi perasaan mereka walaupun tanpa penzahiran kata2.

Agar seorang lelaki jatuh cinta pada seorang wanita, wanita itu mestilah terlebih dahulu mencuri hati lelaki tersebut. Bagi lelaki, hati mereka tidak pernah lengkap. Orang lelaki perlukan sebahagian dari hati seorang wanita yang dicintai untuk melengkapkan hati mereka.

Tanda-Tanda Menunjukkan Lelaki Jatuh Cinta

1 - Mereka senyum kepada anda (terlalu banyak senyuman yang diberikan).

2 - Mereka gelak dengan lawak jenaka anda (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak).

3 - Mereka pertahankan anda daripada orang lain.

4 - Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.

5 - Mereka merenung anda secara sembunyi.

6 - Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.

7 - Mereka gemar untuk menyebut nama anda.

8 - Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.

9 - Mereka akan mengajak anda keluar.

10 - Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.

11 - Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.

12 - Mereka akan memuji penampilan anda.

13 - Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.

14 - Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.

15 - Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.

16 - Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.

17 - Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.

18 - Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.

19 - Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.

20 - Mereka mengambil berat dan perihatin dengan diri anda.

21 - Mereka sentiasa mendoakan kebaikan untuk anda.

Lelaki jatuh cinta apabila mereka menemui wanita yang berjaya mengisi kekosongan di hati mereka. Setiap lelaki mempunyai keinginan masing-masing, namun tanda2 di atas adalah kelaziman tingkahlaku yg ditunjukkan oleh lelaki apabila mereka jatuh cinta. [S]

********************
Dijemput : Follow my blog with Bloglovin

Penulis : Ayie Abas Lokasi : Malaysia

Entry 21 Tanda Lelaki Jatuh Cinta, disiar oleh Ayie Abas pada Monday, May 28, 2012. Semoga entri ini dapat menambah wawasan bersama. Jika kengkawan ingin menyebarkan postingan dari Ayie Abas mohon dengan sangat untuk mencantumkan sumber. Terima Kasih. Kita Buddyz!

10 comments:

{ azie namico } at: May 29, 2012 at 7:27 AM said...

Lelaki jatuh cinta memerlukan hati seorang wanita...wow!

{ Laman Asmara,Alam Maya } at: May 29, 2012 at 6:18 PM said...

Hati yang dah tertulis sejak 4 bln dikandung ibu...rahsia Allah tu...ermm

{ O CIKTEDDY } at: May 29, 2012 at 8:41 PM said...

wah...em xtau nak kate ape =D

{ sis92 } at: May 29, 2012 at 9:49 PM said...

jatuh cinta betul2 takpe.jgn sibuk tabur harapan palsu

{ Puteri Kasih } at: May 29, 2012 at 11:34 PM said...

susah nak tau kalau lelaki itu tidak didepan mata...hukk

{ Ayie Abas } at: May 30, 2012 at 9:47 PM said...

{ azie namico }...mesti laa azie...

kan kata org dari mata turin ke hati...sbb tu hati memain peranan penting :)

{ Ayie Abas } at: May 30, 2012 at 9:49 PM said...

{ Laman Asmara,Alam Maya }...segala2nya sudah berada didlm perancangan Allah yg Maha Sempurna lagi Maha Mengetahui. :)

{ Ayie Abas } at: May 30, 2012 at 9:51 PM said...

{ O CIKTEDDY }...soal hati tak perlu kata apa2 cik teddy hanya perlu 'rasa' kannya saja...hehe :)

{ Ayie Abas } at: May 30, 2012 at 9:52 PM said...

{ sis92 }...a'ah betul tu....

berfikiran jauh sis ni...terbaikkk laa... :)

{ Ayie Abas } at: May 30, 2012 at 9:54 PM said...

{ Puteri Kasih }..kan ada mesej dan lain2 cara...kn puteri? :)

Post a Comment

 
DAKU . Powered by Blogger.

TOTAL PAGEVIEWS

LINK DAKU AMAT

 

© 2010 Daku Amat Menyintai Mu, Design by DzigNine
In collaboration with Breaking News, Trucks, SUV