MEMANG ramai telah sedia maklum bahawa soal jodoh pertemuan adalah mutlak urusan Allah kepada makhluknya. Namun kita dikehendaki BERUSAHA 'mendapatkan' jodoh kerana manusia hidup dalam dunia yang ada undang-undang dan sebab-musababnya. Sama ada lelaki mahupun wanita yang ingin bertemu jodoh perlu banyak berdoa kepada Allah SWT memohon dipertemukan jodoh yg baik dan soleh/solehah.
Kenapa Jodoh Anda Lambat Datang?
Masalah lambat jodoh seolah-olah menjadi trend orang muda zaman ini terutama bagi kaum adam atau hawa yang mencapai umur 25-40 tahun. Pelbagai sebab dan alasan diberikan. Ada yang belum bersedia, tidak mahu terikat bila berkahwin, tidak sanggup menjaga komitmen pada suami atau isteri dan anak-anak, malah ada juga kerana memang suka hidup bebas bersendirian tanpa sebarang komitmen kepada pasangan.
Namun ada juga mereka yang benar2 ingin berumahtangga tapi masih tidak menemui jodoh atau jodoh itu sendiri sangat 'liat' nak tiba walau pelbagai ikhtiar telah dicuba.
Berikut dinyatakan antara sebab jodoh lambat datang sebagai pedoman :
1 - Anda ingat diri anda terlalu cantik atau segak. Oleh itu anda selalu memilih dan menantikan kekasih hati dan teman yang segak dan menawan. Apabila ada calon, tetapi tidak cantik atau segak, anda menolak.
2 - Anda sentiasa menunggu tanpa cuba berusaha memperluaskan lingkungan kenalan.
3 - Sikap anda yang prejudis terhadap golongan lelaki atau perempuan.
4 - Anda sudah putus harap kerana peristiwa silam yang lalu dan malas melayan kerenah lelaki atau perempuan lagi. Fokus anda hanyalah pada karier anda sahaja.
5 - Mungkin anda disihir supaya jodoh anda tidak lekat.
6 - Sikap anda yang kurang romantis dan membosankan.
7 - Badan dan mulut anda berbau. Pakaian dan rambut anda tidak terurus.
8 - Anda jarang keluar rumah dan terlalu malu untuk berkawan.
"Kita dikehendaki berusaha mendapatkan jodoh
kerana manusia hidup dalam dunia yang ada undang-undang dan sebab-musababnya."
kerana manusia hidup dalam dunia yang ada undang-undang dan sebab-musababnya."


.jpg)



.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)










